Wednesday, March 25, 2009

Ingatlah Wahai Semua Orang Islam...

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT???
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Dirikanlah solat sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan,
Dengan kain kafan yang serba putih...
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih..
Walaupun orang yang hadir itu merintih..
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai..
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah..
Dengan empat kali takbir dan satu salam..
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus,
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup??
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud,,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput??

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan....
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia, memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya, setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan....

Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Tuesday, March 24, 2009

@...MY FAMILY...@

assalamualaikum...

Aku nak tulis hari ini tentang family yang aku ada sekarang... Aku ada 6 orang ahli keluarga iaitu ayah, emak, abang, aku, ziha dan qila serta adam(adik sedara aku tetapi aku dah anggap dia macam adik aku sendiri sebab dia biasa tinggal dekat rumah aku dan memanggil mak dan ayah aku juga mak dan ayah)...ayah aku sekarang bekerja sebagai penyelia felda di Palong 3...Manakala emak aku pula bekerja di Sekolah Agama Paya Jakas sebagai guru kafa...Abang aku lak masih lagi belajar di UiTM segamat dan ambil cost bisnes dalam peringkat ijazah...Aku lak sekarang masih belajar lagi di Kolej Komuniti YPJ Segamat dan ambil cost dalam bahagian computer dan aku masih lagi berada pada tahap 3...Adik yang pertama iaitu ziha sekarang dia berada di tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah iaitu sekolah aku belajar dulu...Adik aku yang last pula masih belajar di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas dan berada di darjah 4...Aku ada atok dan nenek lagi dan mereka sekarang menetap di Felda Pasak, Kota Tinggi...Atok aku bekerja sambilan sebagai jaga di stesen minyak Mobil, manakala nenek aku pula suri rumah sepenuh masa...atok dan nenek aku pandai masak dan setiap masakan mereka amat menyelerakan...aku sayang akan semua ahli keluarga aku.. Mereka semua adalah orang yang penting dalam hidup aku. Mereka juga adalah penyeri hidup aku selama aku ada di dunia ini. Selain mereka ada seorang yang amat penting juga dalam hidup aku. Dia seorang yang baik dan ambil berat serta menjaga aku dengan baik dan selalu mengingatkan aku pada setiap perbuatan aku. Aku harap korang pon sayang kan family yang korng ada sekarang... Jangan sia-sia kan ape yang telah korang ada sekarang dan anugerah daripada allah... Jangan menyesal di kemudian hari nanti... Ini saje lah yang aku nak cerita tentang my beloved family...hehehe...

PICTURE MY FAMILY...




ni pic family aku mase raye tahun lepas... ni mak dan ayah aku....sedondon 2...


ni lah adik-beradik aku...hehehe.... big family.....


ni abg saya semasa konvo...


abg bersame dengan mak & ayah....

CuTi-CuTi MaLaYsIa...

hye semua....

hari aku nak cite tentang tempat2 percutian kat Malaysia ni...aku ni suke melancong gak tau tapi tu kalau aku ada pulus lah...hehehe...lau tak de aku duduk rumah je lah...tapi tempat yang aku nak sangat pergi ilah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Bukit Tinggi dan macam2 lagilah tempat peranginan di Malaysia ni...ape kurangnye kawasan peranginan di Malaysia kan berbanding di luar negara sane 2...lagi murah perbelanjaan nye di Malaysia berbanding kita melancong ke luar negara...ok cite balik pasal tempat peranginan kat Malaysia ni, bagi aku lah kan aku teringin nak pi kat tempat2 yang aku cakap 2 mesti best kan...lagi2 lau bercuti dengan family terasa keseronakkannye kan...tempat bercuti kat Malaysia ni yang aku dah pergi ialah kat Pulau Pinang, Genting Highland n yang paling banyak kali aku pergi kat KL n Melaka...best tau...tapi sekarang aku dah lame x pi melancong sebab skang ni aku busy and x de mase nak keluar berjalan2 lagi..huhuhuhu...sedih nye...sorry kalau ayat aku lintang pukang sebab aku tengah serabut mase tulis ni...hehehehe...saranan aku bagi sesiapa yang baca blog aku ni pergilah bercuti di negara kita sendiri n majukan lah negara kita sendiri k...ok semua aku nak chow dulu...lau korang x paham pe aku tulis wat2 paham je lah k...hehehe...ok daaa...

SELAMAT BERCUTI SEMUA...

(pada hal cuti dah abis pon..hehehe)









Sunday, March 22, 2009

salam semua....

assalamualaikum semua...

dah lame aku x wat post baru kn....aku x tau nk wat pelh...biasa ar idea x de kan...aku nk cite kat cni tentang ape ek???...hehehe...sebenarnye aku dh x sabo nk abis praktikal....sbb bagi aku lh kn keje ni membosankan dari blajo tau...dhlh ltih lau bkerja ni...lau pe2 terjadi kt tempat keje msti kita yang kene....bg aku blajo ni seronok sbb kita ada gak mase nak rehat n enjoy dgn family kita n kawan2 kita...t dh abis ni aku dh nek kolej balik n dh kene standby utk final exam...tkut gak lau x terampil dh kene ulang blik...tp x pe aku akan wat btul2 utk dapat terampil cemerlang...hehehe...korng semua yang bace blog aku ni doakan aku eh utk berjaya dlm ape yang aku blajo skang...aku arap korng sudi2 lh join aku nye blog ni...hehehe...k lh korng aku x tau nk ckp pe lg ni...lau x ok coment lh k...ok daaa...wsalam...

Friday, March 6, 2009

KiTa Di MaNa???

Jika kita hidup dalam keadilan, kita belajar menjadi adil.

Jika kita hidup dalam kejujuran, kita belajar apa itu kebenaran.

Jika kita hidup dalam keselamatan, kita akan belajar untuk yakin pada diri sendiri.

Jika kita hidup dalam kemesraan, kita belajar bahawa di dunia ini ada tempat yang sesuai untuk hidup.

Jika kita hidup dalam kesengsaraan, kita akan belajar menjadi penyabar.

Jika kita hidup dalam galakan, kita akan belajar menjadi yakin.

Jika kita hidup dalam kepujian, kita akan belajar menghargai.

Jika kita hidup dalam penerimaan, kita akan belajar menyayangi.

TETAPI......

Jika kita hidup dalam kritikan, kita akan belajar menyalahkan orang lain.

Jika kita hidup dalam kekerasan, kita akan belajar melawan.

Jika kita hidup dalam ketakutan, kita akan belajar menjadi pengecut.

Jika kita hidup dalam iri hati, kita akan belajar berasa bersalah.



Dalam hal ini persekitaran , didikan dan situasi semuanya memainkan peranan penting bagi mencorakkan seseorang. Sekiranya putih maka putihlah ia, sekiranya hitam maka hitamlah ia...

COrEtAn BuAt Mu...


saat ini ku gembira dengan kehadiran mu,
kehadiran mu ku anggap satu kesyukuran,
aku merasa ada satu semangat baru dalam hidupku,
kau hadir dalam hidupku dengan mengubah segala-galanya
.

Sayang...
bila kau pergi jauh dariku,
ku terasa kekosongan dalam hidup ku,
ku merasa diriku tidak sempurna tanpa dirimu,
ku mahu kau selalu berada disisku disaat ku memerlukanmu
.


Sayang...
dirimu adalah sangat penting bagi ku,
kau telah memberikan kasih sayang kepadaku,
kau menjaga aku dengan penuh kesabaran,
kau tidak penah kenal erti berputus asa.

Sayang...
aku tidak mahu kehilangan mu,
dirimu adalah satu nyawa yg penting kepada ku,
aku tidak sanggup kehilangan mu,
kau telah mengubah segala-galanya pada diriku.

Sayang...
berjanjilah pada diriku ini,
bahawa kita akan bersama buat selama-lamanya,
tidak kira susah atau pun senang,
kita tetap bersama walau apa pun dugaan.

KU MAHU KAU TAHU YANG KU SANGAT MENYAYANGI, MENCINTAI DAN MERINDUI MU SETIAP MASA...

Salam sayang dari orang yang menyayangimu sepenuh hati...

Sunday, March 1, 2009

Vedio You Tube

 

BuDaK PiNk.... Design By: SkinCorner